Tuesday, January 20, 2009

Lagi fakta mengenai Nibiru or Planet - X.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan2. Ni ada lagi info pasal Planet Nibiru yg pernah saya ceritakan dalam blog saya satu masa dlu. Info ni saya dapat dari seorang yang menggunakan id "rakyatmalaysia" dalam satu laman web sosial www.putera.com. Berikut adalah apa yg telah disampaikan oleh beliau. sama2 la kita berfikir dan menghayati keagungan dan kebesaran alam ciptaan-Nya.

Seriusly, aku nak share skit, aku ada sorang kawan yang taksub gila ngan benda ni, dia mula caya yang memang semua manusia ni ciptaan 'makhluk dari planet nibiru' yang saiznya besar dan dan kita ni kira gen diorang yang dah tak berapa tulen, gen tulen adalah orang zaman dulu cam Nabi Adam dan sebagainya, sbb tu la orang zaman purba semuanya besar besar dan kubur orang zmn dulu dulu pun panjang panjang. Aku nak cerita semuanya memang panjang gila perbahasan aku dengan dia, cuma seriusly aku cakap, kalau ko layan sangat benda ni, ia akan merosakkan pemikiran dan akidah ko....

aku nak tanya, ada banyak tak kejadian yang membuktikan Allah itu ada?? terlalu banyak kan, dan pasal azab kubur, kalau ada sesaper penah ada baca atau lihat sendiri beberapa kejadian aneh kat kubur dan sebgainya dan biasanya berlaku kepada umat manusia yg banyak wat dosa... pun banyak jugak kan, satu lg pasal syaitan, jin dan iblis yang mana memang kita tahu ia wujud, pun banyak buktinya..... kalau btol kisah nibiru dari Zecharia ni benar, apasal dia tak cover pasal orang planet nibiru pun turut cipta makhluk makhluk lain selain manusia?

terus terang aku cakap, tak yah pikir sangat pasal ni, aku dah banyak baca pasal nibiru dan banyak gak baca pasal betapa HOAXnya nibiru ni. Maybe dia btol btol ujud, cuma orang Yahudi nak menakutkan kita dengan menggabungkan fakta, mitos, sejarah, sains dan sebagainya. So bila semua di campur aduk, kita akan jadi keliru dan tak mustahil kalau aku cakap, aqidah dan kepercayaan kita jugak akan lari dari landasan sepatutnya. Planet ke 10 mungkin ada, tp bukan nibiru, 2012 mungkin tak de apa apa pun sebab ianya hanya penghujung kalendar orang purba kalau tak silap aku orang Mayan(tolong baiki kalau aku silap) dan berdasarkan sejarah orang Mayan ni bukannya pakar dalam bidang astronomi.

hadui aku tak larat la nak bahas panjang panjang so aku wat persamaan camni la w'pun aku tak pandai math...

Fakta = kewujudan planet ke sepuluh yang didakwa pihak NASA

Mitos = tentang beberapa kepercayaan orang mayan dan cerita @ kajian Zecharia

Sejarah = kalendar mayan berakhir pada tahun 2012 kononnya pengakhiran dunia, wal hal ia adalah perkiraan long count orang mayan, aku tak paham sangat, tp sumber aku suruh rujuk sini.

Fakta = makhluk asing, alien, ufo dan sebagainya

Gambar photoshop = aku penah baca laman web dan blog yang tunjuk step by step cara nak tau btol ke tu gambar nibiru dan segala yang berkaitan dgnnya itu ori atau fake.

Fakta + tipu = Gambar yang kununnya diambil dari bumi kat area mana entah dikatakan gambar planet nibiru, menurut ahli fizik, kalau betul itu gambar planet nibiru berdasarkan tarikh ia diambil, kita akan bertembung ngan nibiru dalam tahun 1997 atau 2003 berdasarkan jarak penglihatan, tp kalau refer pada perkiraan jarak, gambar tu sama dengan jarak antara planet bumi ngan marikh!

Fakta + kejadian aneh = pasal crop circle, ada gak rupanya friendly alien yang bg tau kita kat mana area selamat untuk kita duduk time berlakunya pole shift ngan planet nibiru....

banyak lagi sebenarnya, tp aku tak ingat kat mana sumber tu aku amik, dalam bookmark pun tak jumpa, tp itu apa yang aku baca dan paham la, gabungan semua tu akan membuatkan kita keliru jadi tak tahu samaada betul atau tidak kewujudan planet nibiru dan ramalan 2012. So pikir pikirkanlah dan teruskanlah kehidupan macam biasa. Muzakarah dan pikir sendiri bukti bukti kewujudan Allah dan kekuasaa-Nya. Dalam Al-Quran tak disebut tentang ni, kalau ada pun, itu hanya dijelaskan oleh orang orang biasa yg bukan pakar tentang terjemahan Al-Quran dan Hadis. Aku terima banyak e-mel berantai dri orang macam ni, ada gambar pelik, pastu dia amik sepotong ayat Al-Quran and then, kaitkannya tanpa pikir btol ke salah.......

Monday, January 19, 2009

Harapan baru untuk Gaza...

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk kawan2 yg berada di luar sana.. semalam kalau kt tgk berita, Israel ada cakap nk buat genjatan senjata dengan pejuang Hamas. Tapi, apa sebenarnya yg cuba Israel tampilkan? Apa yg sebenarnye org Yahudi tu nak?? pada pandangan saya, sumer ni berpunca dari Amerika tu sendri. Cbe korang bayangkan, dari mana Israel dpt bekalan senjata? Kompem dari Amerika. Yg peliknya, kenapa setelah 23 hari Gaza di serang, baru sekarang Yahudi nk buat genjatan senjata?? yg peliknye, ni sume sebab Si BUSH durjana tu da nk letak jawatan dan digantikan plak ngan Obama.

Mentang2 da nk letak jawatan, ske ati dia je nk soh yahudi serang2 gaza. jahanam betol amerika. So, sebagai sokongan untuk penduduk Gaza dan pejuang2 Hamas, di sini ada sebuah lagu yg bertajuk: "We will not go down"




WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009


A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

All Music and Content Copyrighted. All rights reserved. © 2009

Sunday, January 18, 2009

Meet Uncle Hussein Juara AJL ke-23

1st and foremost, congratz to M.U.H coz telah dinobatkan sebagai juara AJL ke-23 bagi kategori Pop-Rock yg telah berlangsung pada 18 Januari 2009 di Stadium Putra. Kalau xsilap, M.U.H ni telah menggondol hadiah bernilai RM37,000. banyak tu beb.

Pape pon, tahniah gak kepada Faizal Tahir yang nyaris menjadi juara AJL ke 23. Dia cukup mengejutkan dengan menang tiga kategori iaitu juara persembahan terbaik, juara persembahan vokal terbaik dan juara kategori Balada yang berkongsi lagu Sampai Syurga. Tapi, bagus gak la dia x menang. Kalu dia yg menang, kompem penonton bosan. HUaHuaHua. Wpon dia xmenang, jumlah duit yg dia dapat bernilai RM32,000 tu.. Lagi la bes. sorg je. bukan satu kumpulan.

So, kepada sesiapa yg tercalon, tapi xmenang, tahniah gak la diucapkan. Semoga korang sukses selalu..

Saturday, January 3, 2009

Tag??

hohoho.. ni mesti keje si In-Ubie yg slalu tag aku. hohoho. Nak xnk, sebagai seorg blogger, kena la wat. ye x? huhu. So, ni la hasilnya..-->

1.do you think you're hot?
--> Hot? hang biar tol.. sy xhot, sy cool. hahaha

2.upload ur favorite picture of u....
--> Tau x, ritu ak punye harddisk rosak. so, byk tol gambar2 feveret ak xdpt nk diselamtkan..=(. tapi, pastu adalah gmbr2 baru yg telah di ambik. Ni la gmbr yg paling menjadi kegemaran i. hahaha


3.why do you like that picture?
--> sebabye,kalau korang tgk gambr tu, akan terasa byk sgt mende yg boleh korang cerita.. stiap sorang yg ada dlm gmbr tu ada kenangan masing2. Lebih2 lagi, gmbar tu ktorg amik masa majlis buka pose rmai2 kat hotel apa ntah nama dia.. hahaha. ia menghimpunkan hampir seluruh kelas. lagipon, pose stiap org dlm gmbr tu cukup menarik dan yg paling penting, gmbr ak kat depan skali! kuikuikui..

4.When was the last time you ate pizza?
--> Pizza? ntah da berapa lama ntah xmkan.. jarang g mkn pizza coz harganya yg gak mahal berbanding KFC ngan McD. Lagipon, ada member ak ckp, mkn Pizza tu cam mkn lempeng. cme kat ats lempeng tu dia letak mcm2. hoho

5.The last song you listened to?
--> Radja: Jujur. lagu ni lagu yang ak dengar masa tengah taip part ni. hahaha. sebab masa tu tgh dgr radio Suria FM. Cam layan gak la lagu2 dia. cme siaran dia jap ok jap bengong la..

6.What are you doing right now besides this?
--> Dengar siaran Suria FM ngan mkn biskut! hahaha

7.What name would you prefer besides yours?
--> erk?? ni soklan apa ni? iksh.. bersyukur la ngan nama yg da diberi oleh parent korang yer.

8.Who is number 1?
--> My priority is my parent. xde sape2 yg boleh challange mereka, hatta org tu istri ak nnti..

9.Number 3 is?
--> My life. Life must move on.. tol x bro??

10. Say something about number 5
--> Hah yg ni ak xpuas ati. ada org tu mengaitkan ak ngan mende2 xbaik. Lebih2 lagi ngan PSM dia. oo, pasni xmo tolong dia lagi.. xpon, ak btau sorg lagi mmbr ak jgn tolong dia. Pasni, dia plak yg kene tolong ak. So, paham2 la sape tu yer!! Hahaha

11.How about number 4?
--> hm.. no 4 is Dota die hard fan sumer skali.. Lebih2 lagi kepada zaxras, einhander, glory-86, lagends, letter2gekko, aniac, evilboy dan sumer skali r.. Thanx coz kasi tunjuk ajar yg paling berguna. Korang mmg kawan yg terbesh!

12.Who is number 2?
--> ada lagi ke?? adoi.. hm, sape ek.. seorg yg spesel dlm hidup ak.. sape tu yer??

13. People i tag :da nex are...
--> Sape lagi yg ak kenal yg folow blog ni? camne nk tag kalu xde org yg dikenali flow blog ni. wuahahaha. nk soh si ina tu, dia da kene. Mana bleh. hahaa.

OO yer, semalam ada terperasan yg ada sorg member tu da jadi member dlm blog ni. Niway, thanx byk2 kepada anda saudari Atie! ko ble plak Ina?? haha

Satu hari di awal tahun baru..

Salam dan selamat kepada sesiapa yg terbukak blog ni. da lama da xedit blog ni. xtau la apsal. padahal da lama da balik ito. tp, ble time nk edit blog je, byk tol halangan yg datang. akhirnya, ter edit gak la blog ni rini...

oo yer, seminggu sebelom ktorg balik ito ni, lect yg pernah ajar ktorg dlu telah melangsungkan perkahwinan kat Dewan Jubli Intan, Pontian pada ari sabtu, 27 Disember 2008. Lect tersebut adalah en. Muhammad Sufi bin Kamarudin ngan isterinya, Samihah binti Sarpan. Tahniah yer diucapkan kepada beliau..

So, ktorg pon rmai2 g la ke sana. sebanyak 5 buah kereta telah mengangkut ktorg ke Pontian. Thanx lagi skali kepada tuan punya kereta tu la ek. huhu. Di sini ada sdikit gambar yg telah diambil sekitar majlis perkahwinan tersebut..





Friday, December 19, 2008

Kiamat bakal menjelang pada 2012??

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk rakan2 sekalian.. lama btol rasanya xmenulis di blog ni. so, kali ni sy nk bercerita sket tentang emel yg sy dapat dr rakan2 yg forward kpd sy..

Sebelum sy melangkah lebih jauh lagi, korang boleh "pause" dulu video dr youtube yg sy kirimkan ni supaya korang xlah tertunggu lama nnti.



Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..so sama2 kita nantikan.. oo yer kengkawan. cube korang cek balik tarikh tu jatuh pada hari apa? kalau xsilap sy, tarikh tu jatuh pada ari jumaat. (Korang pon tahu yg hadis nabi ada ckp yg kiamat akan jatuh pada ari jumaat)

mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan..

AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2)

Korang pon boleh fikir sendiri kan.. so, semuanya di tangan yang Maha Esa. Bergantung kepada korang untuk memikirkannya sendiri. Semoga kita tidak terus alpa dan terselamat dari azab-Nya..

p/s: thanx 2 my fren whu forward dis emel. kepada sesiapa yg belom dpt emel tu, boleh la baca kat blog sy ni..=)

Wednesday, November 19, 2008

Virus baru bakal menyerang PC anda!!

LONDON: Pengguna internet di seluruh dunia diingatkan berwaspada berikutan ancaman serangan 'kemuncak' virus secara besar-besaran pada Isnin depan yang turut disifatkan hari paling buruk bagi serangan virus seumpamanya.

Akhbar The Guardian melaporkan semalam, amaran oleh pakar keselamatan komputer itu dibuat berdasarkan analisis maklumat mengenai virus dan cecacing internet merangkumi lebih 500,000 komputer di seluruh dunia.

Selain amaran peningkatan ancaman dan serangan virus pada November dan Disember, pakar keselamatan komputer juga mengingatkan ancaman lain.

Ini disebabkan pengiklan dan penyangak sudah cuba menggunakan populariti bakal Presiden Amerika, Barack Obama sebagai muslihat memperdaya pengguna memuat turun virus.

Berikutan itu, pakar keselamatan daripada syarikat PC Tools menyifatkan tarikh 24 November sebagai berkemungkinan menjadi hari kemuncak serangan dan kemuncak kegiatan virus bagi 2008.

Data 2007 menunjukkan kemuncak serangan virus, cecacing dan ancaman lain berlaku tiga hari sebelum cuti umum 'Thanksgiving' Amerika Syarikat, yang meramalkan keadaan sama mungkin berulang tahun ini.

Syarikat itu mendakwa peningkatan kegiatan virus itu juga berkemungkinan disebabkan meledaknya kegiatan beli-belah menerusi internet menjelang Krismas. � Agensi

- sumber: Berita Harian, 20 Nov 2008.

p/s: so, apa yg boleh kita buat? cadangan aku, jangan mendonlod apa2 pada hari tersebut, jangan bukak internet, dan jangan bukak pc korang! haha..=p so, kalau nak guna sangat internet tu, pergi je CC yg berhampiran rumah korang..