LONDON: Pengguna internet di seluruh dunia diingatkan berwaspada berikutan ancaman serangan 'kemuncak' virus secara besar-besaran pada Isnin depan yang turut disifatkan hari paling buruk bagi serangan virus seumpamanya.
Akhbar The Guardian melaporkan semalam, amaran oleh pakar keselamatan komputer itu dibuat berdasarkan analisis maklumat mengenai virus dan cecacing internet merangkumi lebih 500,000 komputer di seluruh dunia.
Selain amaran peningkatan ancaman dan serangan virus pada November dan Disember, pakar keselamatan komputer juga mengingatkan ancaman lain.
Ini disebabkan pengiklan dan penyangak sudah cuba menggunakan populariti bakal Presiden Amerika, Barack Obama sebagai muslihat memperdaya pengguna memuat turun virus.
Berikutan itu, pakar keselamatan daripada syarikat PC Tools menyifatkan tarikh 24 November sebagai berkemungkinan menjadi hari kemuncak serangan dan kemuncak kegiatan virus bagi 2008.
Data 2007 menunjukkan kemuncak serangan virus, cecacing dan ancaman lain berlaku tiga hari sebelum cuti umum 'Thanksgiving' Amerika Syarikat, yang meramalkan keadaan sama mungkin berulang tahun ini.
Syarikat itu mendakwa peningkatan kegiatan virus itu juga berkemungkinan disebabkan meledaknya kegiatan beli-belah menerusi internet menjelang Krismas. � Agensi
- sumber: Berita Harian, 20 Nov 2008.
p/s: so, apa yg boleh kita buat? cadangan aku, jangan mendonlod apa2 pada hari tersebut, jangan bukak internet, dan jangan bukak pc korang! haha..=p so, kalau nak guna sangat internet tu, pergi je CC yg berhampiran rumah korang..
Wednesday, November 19, 2008
Virus baru bakal menyerang PC anda!!
Posted by Mohd Nurazlan bin Ismail at 7:02 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



2 comments:
See you in these things, I think, I started feeling good!
Personalized Signature:贵州信息港休闲游戏中心,我爱掼蛋网,重庆游戏中心,金游世界视频棋牌游戏中心,南通棋牌游戏中心,贵港热线休闲游戏中心,淮安棋牌游戏中心
It seems my language skills need to be strengthened, because I totally can not read your information, but I think this is a good BLOG
landing net
Post a Comment